TAJUK:
Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah saya.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551
DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Sobri Bin Zulkefli
No Matrik : 2009388793
Kumpulan: BMB2ac
PROGRAM:
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan(Kepujian)
(Pengurusan Sumber Manusia)
(BM223)
TARIKH HANTAR:
11 Oktober 2010
=================================
ISI KANDUNGAN
=================================
ISI KANDUNGAN
=================================
TAJUK:
Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah saya.
1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Konsep Masjid
4. Sejarah Masjid
5. Ahli Jawatankuasa
6.Aktiviti
7. Penutup
8. Bibliografi
7. Penutup
8. Bibliografi
=================================
ABSTRAK
=================================
ABSTRAK
=================================
TAJUK
Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah saya.
ABSTRAK
Masjid merupakan tempat pertemuan bagi umat Islam. Semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam boleh dipupuk menerusi institusi masjid selain boleh mengeratkan silaturrahim. Walaubagaimanapun, masih terdapat sesetengah individu di negara ini yang masih berfikiran sempit dengan menganggap masjid hanyalah bertujuan sebagai tempat beribadah sahaja. Pendapat bahawa segala urusan ibadah hanya dilaksanakan di masjid sama sekali bercanggah dengan peranan sebenar masjid. Anggapan ini haruslah dikikis dengan segera dan masyarakat perlulah ditanam dengan semangat yang baru bagi mencari peranan sebenar kewujudan sebuah masjid. Masjid haruslah berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu seperti pendidikan dan pengajian keagamaan dan tempat bermusyawarah bagi membicarakan kepentingan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Dalam era globalisasi ini, ramai umat Islam kini semakin jauh dengan institusi ini akibat kelalaian dalam mengejar perkara duniawi. Pembinaan sesebuah masjid merupakan sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan wajib mengimarahkannya seperti sabda Rasullullah(s.a.w); “Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari). Masjid adalah lambang syiar Islam dan kedaulatannya, ia merupakan tempat yang menghubungkan antara hamba dan penciptaNya. Pembinaan sebuah masjid menunjukkan masjid memainkan peranan besar dan agung kepada umat Islam sebagai pusat perkembangan Islam. Secara umumnya kini, masjid tidak digunakan ke tahap paling optimum memandangkan hanya mendapat tempat apabila sambutan-sambutan tertentu diadakan sebagai contoh Maulidur Rasul,perarakan berkhatan, ketika mengadakan korban, urusan akad nikah dan sembahyang Jumaat serta Tarawih. Suasana di kawasan masjid kian lengang ditelan arus masa. Jumlah makmum yang datang memakmurkan masjid semakin berkurangan ditambah dengan kurangnya atau tiada jemaah muda mengimarahkan masjid di sesetengah kawasan. Umat Islam akan berdepan kepada kurangnya pewaris yang akan mewarisi teraju sesebuah masjid kelak akibat kurangnya minat golongan muda untuk mendekatkan diri dengan institusi ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu meningkatkan penglibatan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid dalam usaha untuk meningkatkan taraf masjid ke tahap kegemilangannya.
=================================
PENDAHULUAN
=================================
PENDAHULUAN
=================================
Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Nya segala puji di akhirat; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari. dan atas kehendaknya dan izinnya juga dapat saya menyiapkan tugasan berkaitan sejarah penubuhan Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran kawasan tempat tinggal saya. Tugasan yang amat bermakna ini telah diberikan kepada saya oleh Ustaz Aziz pensyarah saya bagi subjek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tenggara (CTU 551). Melalui tugasan ini telah meluaskan pandangan dan pemikiran saya mengenai kepentingan institusi masjid dalam kehidupan masyarakat Islam khususnya.
Tujuan utama esei ini ditulis adalah untuk mengkaji nilai-nilai sejarah yang terdapat pada masjid ini memandangkan masjid ini merupakan antara masjid yang agak unik dalam negeri Perak dari segi pembinaannya. Dalam usaha pembinaannya, unsur-unsur seni bina ‘Moor’ telah diterapkan sebagai salah satu daya tarikan yang dapat menonjolkan keindahan dan kehalusan seni binanya. Idea pembinaan masjid ini tercetus pada tahun 1911 ketika Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah berehat di Port Dickson setelah menjalani rawatan, telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sekiranya baginda pulih. Usaha pembinaan masjid ini telah melibatkan ramai pihak baik di dalam negeri mahupun dari luar negeri.
Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengenali sejarah dan latar belakang sepanjang proses pembinaan masjid ini di mana pihak pengurusannya sentiasa menaik taraf dan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk keselesaan pengunjung.
=================================
KONSEP
=================================
KONSEP
=================================
Manakala perkataan masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa ialah : “ Nama bagi tempatsujud dahi .” Dari sudut syara’ pula ialah .”Setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi :
Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”
(Hadis riwayat Bukhari)
Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)
Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)
Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah ,antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan. Jika setakat sempadan atau tiang itu saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai,atau oleh pewaqaf-jika ia masjid –maka yang berada di luar sempadannya tidak dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hukam masjid seperti i’tikaf.
Imam Az-Zarkasyi berkata:
Ertinya: “ Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan kawasan tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al-Wajiz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (I’lam As-Sajid bi Ahkam Al-Masjid:396)
Ertinya: “ Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan kawasan tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al-Wajiz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (I’lam As-Sajid bi Ahkam Al-Masjid:396)
Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan(digazetkan) atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan.
Tetapi jika ada yang digazetkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau tanah simpanan unutuk masjid dan lain-lain keperluan masjid. Oleh itu, kawasan atau perkarangan, halaman, lapangan dan lingkungan masjid tidak dianggap sebagai masjid. Ini berdasarkan pengertian masjid dari sudut istilah dan pengertian perkataan kawasan.
‘Kawasan masjid’, di dalam bahasa melayu adalah sama takrifnya dengan perkataan “Perkarangan, halaman atau lapangan terbuka dan lingkungan masjid”. Maka, kawasan masjid itu termasuklah tempat persekitaran yang mengelilingi masjid, sama ada ia sudah dikhaskan sebagai perkarangan atau halamannya ataupun tidak.
Bagaimanapun, jika ditinjau dari sudut istilah Ilmu Figh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid, maka pengertian kawasan ini adalah lebih mirip kepada pengertian harim, dan jika pengertian inilah yang diambil kira, maka kawasan masjid samalah dengan harim masjid.
Tetapi jika ada yang digazetkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau tanah simpanan unutuk masjid dan lain-lain keperluan masjid. Oleh itu, kawasan atau perkarangan, halaman, lapangan dan lingkungan masjid tidak dianggap sebagai masjid. Ini berdasarkan pengertian masjid dari sudut istilah dan pengertian perkataan kawasan.
‘Kawasan masjid’, di dalam bahasa melayu adalah sama takrifnya dengan perkataan “Perkarangan, halaman atau lapangan terbuka dan lingkungan masjid”. Maka, kawasan masjid itu termasuklah tempat persekitaran yang mengelilingi masjid, sama ada ia sudah dikhaskan sebagai perkarangan atau halamannya ataupun tidak.
Bagaimanapun, jika ditinjau dari sudut istilah Ilmu Figh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid, maka pengertian kawasan ini adalah lebih mirip kepada pengertian harim, dan jika pengertian inilah yang diambil kira, maka kawasan masjid samalah dengan harim masjid.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada pendapat yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
=================================
SEJARAH
=================================
SEJARAH
=================================
Masjid ini terletak berhampiran dengan Bandar DiRaja Kuala Kangsar dalam daerah Kuala Kangsar dan berlokasi berhadapan dengan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Kedudukannya yang strategik dengan tempat beriadah Sungai Perak. Persekitarannya yang aman dan tenang dari kesibukan bandar amat bersesuaian untuk beribadat.
“Ubudiah bermaksud pengabdian kepada Allah yang maha agung”.
Idea pembinaan masjid ini tercetus pada tahun 1911 ketika Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah bernazar membina sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sekiranya baginda pulih. Reka bentuk masjid ini disediakan oleh Colonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya selepas dititahkan oleh baginda selepas berangkat pulang ke Kuala Kangsar. Arkitek pembinaan masjid ini ialah Tuan Hubback. Beliau telah menerapkan unsur-unsur seni bina ‘Moor’ dalam reka bentuknya.
Pembinaannya dilaksanakan oleh Tuan Caulfield. Kerja pembinaannya bermula pada 26 september 1913, tetapi tergendala disebabkan batu marmar asal yang diimport dari Itali telah dirosakkan oleh dua ekor gajah yang bertempur di tapak binanya. Masjid ini disiapkan pada tahun 1917 dengan kos sebanyak $189000.00. Dukacitanya Sultan Idris tidak berkesempatan untuk melihatnya kerana mangkat pada tahun 1916.
Akibat pertambahan jemaah, pada tahun 1993 Jabatan Kerja Raya Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk menambah keluasan masjid. Kerja ubahsuai ini melibatkan pembinaan bangunan tambahan di sisi bangunan kediaman, bilik air dan tempat wuduk. Pembinaan bangunan tambahan mengambil masa kira-kira dua tahun dan menelan belanja sebanyak RM2.9 juta. Kini masjid ini dapat menampung sebanyak lebih kurang 2300 orang jemaah.
Pada tahun 2002, Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, telah menitahkan supaya kerajaan negeri memulihara masjid ini ke tahap kegemilangan asalnya. Di bawah pengelolaan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Dato’ Ir Dorairajoo, Ketua Arkitek Negeri, Encik Shamsuri bin Mohamed, telah mengendalikan reka bentuknya manakala tanggungjawab pembinaanya telah diberikan kepada Timbalan Pengarah JKR Negeri, Encik Abdullah bin Abd Rahman.
Dalam kerja pemuliharaan bangunan ini dewan sembahyangnya telah diberi sentuhan hiasan baru, serta dilengkapi dengan sistem penyaman udara. Sekumpulan pengukir mahir yang dibawa khas dari Uzbekistan membentuk Siling baru berukirdi dalam masjid. Laman konkrit telah dibina di sekeliling masjid dan persekitaranya dihiasi dengan seni taman yang baru selepas mengambil kira semua aspek bangunan ini supaya sesuai dan harmoni. Kerja pemuliharaan ini telah melibatkan 9 orang kontraktor yang berlainan dan siap dalam masa 3 bulan dengan kos sebanyak RM4.8 juta, iaitu tepat pada masa ulang tahun keputeraan Ke Bawah Duli Tuanku Ke-75 pada 19 April 2003.
Bagi memudahkan pengunjung-pengunjunag datang melawat masjid ini, waktu melawat telah ditetapkan kepada tiga sesi. Sesi pertama antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, Bagi memberi laluan kepada solat Zohor, sesi kedua pula bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang dan sesi ketiga 5.30 petang hingga 6.00 petang selepas masuk waktu Asar. Pengunjung juga adalah dikehendaki memakai jubah dan tudung sebelum masuk ke dalam masjid.
=================================
AHLI JAWATANKUASA
=================================
AHLI JAWATANKUASA
=================================
Dalam usaha untuk melancarkan urusan dan pentadbiran masjid ini. sebuah organisasi jawatankuasa telah ditubuhkan. Ahli jawatankuasa masjid ini dipengerusikan oleh Y.A.BHG Dato’ Seri Hj Wan Mohf Fadzir B. Wan Hussain,SPMP, PCM,AMP,AMN,PJK,JP. Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar. Dato’ Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor,DPMP,AMP. menyandang jawatan timbalan pengerusi manakala jawatan setiausaha dipegang oleh Tn. Haji Nazri B Osman,PMP.,AMP., PJK. Bagi jawatan penolong setiausaha dan bendahari masing-masing dipegang oleh Encik Nordin Bin Mat Ali,PMP.,AMP.,PJK.,PLP.,PK. dan Tuan Haji Muhamad Nor Bin Haji Abdullah,AMP,PJK. Ahli jawatankuasa masjid ini terdiri dari 10 orang, mereka ialah Tn Haji Kamaruddin B. Ahmad, AMP.,PPT., Tn Haji Salim Bin Haji Suhaimi,AMP., AF Ust Mohd Helmi B. IbrahimAl-Hafiz,PPT., Tn Haji Syed Mohamed B. Syed Ibrahim,KAT., Tn. Hj Mohd. Sirat B. Yahaya,AMP., Hj. Mohamed Noor Bin Abd. Wahid,PPT.,PJK., Tuan Haji Jaafar Bin Kechik,AMP,PPT, Tn Haji Yunus B. Haji Mohd Jadidi,PPT, Pn. Hajjah Nafisah Bt. Hj. Nawawi dan Hajjah Halimah Binti Haji Hamidi.
=================================
AKTIVITI
=================================
AKTIVITI
=================================
Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan, Ceramah Ihya Ramadhan 1431H(2010M) telah diadakan di Dewan Solat Masjid Ubudiah yang disampaikan oleh Ustaz Faizal B. Khir,pensyarah Usuluddin Kolej Islam Darul Ridzuan. Sepanjang bulan Ramadhan aktiviti seperti Berbuka Puasa(Moreh) turut diadakan oleh jawatankuasa masjid ini. Ramai pihak turut menyumbang untuk menjalankan aktiviti ini dan melibatkan sumbangan dari 29 orang pihak. Penyumbang yang menyumbang kepada aktiviti ini diberi peluang mengikut giliran. Bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri telah disampaikan kepada mereka yang menetap dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Bantuan telah disampaikan kepada 14 orang dengan kerjasama pihak baitulmal daerah Kuala Kangsar. Bantuan sebanyak RM2800 telah disampaikan kepada penerima bantuan. Aktiviti seperti pengajian turut diadakan sepanjang bulan Ogos 2010 dimana empat orang Guru telah dijemput bagi bagi menjayakan program tersebut. Senarai guru yang terlibat ialah Ust (M) Syed Mohamad Bin Syed Ibrahim, Ust Asad Bin Awang, Ust Asta Bin Zawawi dan Ust Jamaluddin Bin Ahmad. Pengajian tersebut melibatkan pengajian berkaitan kitab-kitab antaranya Bimbingan Mukminin, Kanun Jenayah Syariah, Fatwa Yusuf Qardawi dan Hayatu As Sohabah. Pengajian bermula pada 7.30 malam iaitu waktu selepas Maghrib dan 6.30 pagi bagi pengajian tentang kitab Bimbingan Mukminin.
=================================
PENUTUP
=================================
=================================
PENUTUP
=================================
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita hendaklah bersama-sama bersatu padu bagi membangunkan dan memantapkan institusi masjid di negara kita. Identiti sesebuah masjid haruslah dipertingkatkan ke tahap membanggakan dalam usaha untuk memartabatkannya. Umat Islam di negara ini perlulah mengimarahkan masjid memandangkan solat itu merupakan tiang agama. Masjid tidak patut dipandang sepi oleh masyarakat memandangkan ia boleh dijadikan tempat pertemuan umat Islam untuk merapatkan ukhuwah sesama insan malah boleh memelihara hubungan silaturrahim. Kurangnya jumlah makmum yang memakmurkan masjid haruslah ditangani ke akar umbi bagi mengenal pasti masalah yang menyebabkannya. Oleh itu, diharapkan masjid boleh menjadi tempat pertemuan masyarakat dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dijalankan antaranya sebagai pusat menjana ilmu dan ekonomi masyarakat setempat di masa akan datang.
=================================
BIBLIOGRAFI
=================================
1.http://infad.usim.edu.my/modules.phpop=modload&name=News&file=article&sid=11255&newlang=ma
s
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid
.
=================================
1.http://infad.usim.edu.my/modules.phpop=modload&name=News&file=article&sid=11255&newlang=ma
s
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid